High Key Photo


Hi All, hari ini aku nak bincangkan pasal High Key Shots. High key shot ni sebenarnya adalah Black and white shots, tapi melalui proses yang agak terang dan tinggi kontrasnya. Dulu sebelum zaman digital, biasanya photographer akan menggunakan filem black and white dan akan menggunakan chemical khas utk proses filem black and white ni. Tapi sekarang dengan teknologi digital yang ada, adanya digital proses yang menggunakan Adobe Photoshop, Ulead, GIMP dan macam-macam lagi, semuanya boleh di lakukan. Gambar di atas adalah contoh gambar high key, tapi kadar cerahnya agak kurang berbanding biasa, ia mengabungkan teknik penataan cahaya dan teknik kamera (exposure,shutter etc)

Bila menggunakan digital darkroom, selaunya aku akan pilih layer gambar itu( biasenya bukan gambar black &white tapi gambar warna) dan akan pergi ke bahagian channel, di sana aku akan memilih channel red sahaja ( aku menggunakan photoshop ) dan channel warna yg lain akan ku biarkan. kemudian aku akan copy channel red beserta gambarnya ke layer yang baru. Di layer yang baru itu baru aku adjust kecerahan menggunakan curve tool dab level tools. Jarang sekali aku gunakan brightness/contrast, sebab ia akan menganggu ketelusan gambar ( contrast agak sukar nak control warna hitam berbanding curve tools dan level tools ). Selepas tu, aku duplicate layer tuh dan add gaussian blur filter ke layer baru dan adjust opacity layer supaya gambar nampak soft but sharp ( more like shining actually ) dan WALLAH !! inilah hasilnya.

Selepas ini, tutorial utk touch up gambar potret akan menyusul. nantikan!!!

p/s : ini lebih kepada diskusi dari tutorial. pada yang ada idea dan teknik yang mengagumkan SILA KONGSI BERSAMA.... :) sharing is caring !!

No comments: